Perlembagaan
Aug 18th 2017
PERLEMBAGAAN KELAB KOIR SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
PERKARA 1
FASAL 1 NAMA
Kelab ini dikenali dengan nama Koir Sekolah Menengah Perempuan China.
PERKARA 2
FASAL 1 ALAMAT
Alamat rasmi kelab ini ialah 2, Jalan Gottlieb, 10350, Pulau Pinang.
PERKARA 3
FASAL 1 LAMBANG/LOGO/MOTTO
- Motto: Harmoni, Melodi, Muzik menceriakan persekolahan.
PERKARA 4
FASAL 1 TUJUAN/OBJEKTIF
1.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah untuk belajar dan menghargai muzik.
1.2 Membimbing pelajar-pelajar yang mempunyai minat dalam bidang muzik.
1.3 Meningkatkan taraf nyanyian para pelajar.
1.4 Dapat menanam sikap bekerjasama dan bertolak ansur.
PERKARA 5
FASAL 1 KEAHLIAN
1.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah ini atau seperti yang disyaratkan oleh pihak sekolah.
1.2 Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.
1.3 Setiap ahli mempunyai hak berusara dalam sesuatu keputusan.
1.4 Menghadirkan diri dalam semua aktiviti kelab. Ahli-ahli yang tidak hadir ke sebarang aktiviti kelab secara 3 kali berturut-turut tanpa alasan munasabah akan digugurkan keahliannya.
1.5 Jika ahli menarik diri daripada menjadi ahli, wang yurannya tidak akan dipulangkan.
PERKARA 6
FASAL 1 PENTADBIRAN
1.1 Penaung (Pengetua)
1.2 Penyelaras (PK HEM/ PK KOKURIKULUM)
1.3 Penasihat
1.4 Ahli Jawatankuasa
1.4.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa mestilah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
1.4.2 Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Ahli Jawatankuasa.
1.5 Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
1.5.1 Pengerusi akan mempengerusi mesyuarat jawatankuasa serta mengawasi perjalanan kelab.
1.5.2 Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi dalam hal persatuan dan mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaaan pengerusi.
1.5.3 Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan minit mesyuarat serta merekodkan semua aktiviti.
1.5.4 Penolong Setiausaha akan menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
1.5.5 Bendahari akan memungut segala bayaran ahli, menyimpan akaun persatuan serta menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.
1.5.6 Penolong Bendahari akan menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
PERKARA 7
FASAL 1 KEWANGAN
1.1 Yuran pendaftaran- RM1.00
1.2 Yuran ahli- RM6.00
1.3 Objektif Tabungan
1.3.1 Kutipan Yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk kelab sahaja.
1.3.2 Kelab berhak menerima dalam bentuk wang/lain-lain dari mana-mana pihak.
1.4 Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan jawatankuasa pusat.
PERKARA 8
FASAL 1 PERATURAN
1.1 Peraturan mesyuarat
Mesyuarat agung diadakan pada satu tarikh yang sesuai dan diputuskan oleh jawatankuasa pusat.
Mesyuarat Agung diadakan untuk:
1. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
2. Menerima dan mengesahkan laporan kewangan.
3. Meminda perlembagaan apabila diperlukan.
4. Membubarkan jawatankuasa lama.
5. Menerima ahli-ahli jawatankuasa baru.
1.2 Mesyuarat Agung Tahunan hanya sah apabila 2/3 dari ahli-ahli hadir.
1.3 Notis Mesyuarat Agung Tahunan mesti dikeluarkan seminggu sebelum tarikh mesyuarat akan diadakan.
1.4 Mesyuarat Agung tahunan mesti dihadiri sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.
1.5 Perjumpaan akan diadakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh sekolah.
1.6 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat.
1.7 Peraturan perjumpaan
Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dus kali sebulan. Setiap ahli mesti hadir untuk setiap perjumpaan. Kehadiran seorang ahli Tingkatan 1, 2, dan 4 mesti mencapai 80% manakala ahli Tingkatan 3 dan 5 mesti mencapai 70%, kalau tidak, keahlian akan dibatalkan.
1.8 Ahli-ahli hendak mematuhi peraturan sekolah, kalau tidak akan menerima hukuman yang sewajar. Sekiranya kesalahab pelajar yang serius melebihi 3 kali, surat amaran akan diberikan.
FASAL 2 PENYERTAAN AKTIVITI LUAR
2.1 Semua aktiviti luar mestilah melalui dan diluluskan oleh pihak sekolah dan mendapat kebenaran ibu bapa.
FASAL 3 PINDAAN PERLEMBAGAAN
3.1 Pindaan perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan atau nasihat pengetua sekolah atau guru penasihat.
No Comments »